7 TEKNIK BUAT BATERI TELEFON TAHAN LAMA
Tidak kira betapa canggihnya telefon bimbit atau tablet anda, salah satu masalah utama adalah bateri telefon dan tablet cepat habis. Kami nak kongsikan 10 teknik buatkan bateri telefon tahan lama.
Kalau anda gunakan teknik-teknik ni, bateri telefon boleh 2 hari atau lebih penggunaan yang aktif. Bagi penggunaan yang tidak aktif, bateri boleh bertahan sehingga 3 hari sebelum perlu dicaj semula.
1- Cas Telepon Dengan Betul
Perkara paling kerap kita buat adalah mengecas. Setiap hari 1-3 kaili cas telefon. Perkara penting untuk membuat bateri telefon tahan lama adalah mengecaj bateri dengan betul. Ikuti petua – petua berikut untuk mengecaj bateri dengan betul:-
- Caj bateri hanya apabila mesej “low battery” muncul. Mengecaj bateri lebih awal boleh melemahkan bateri anda dan mengurangkan jangkahayatnya.
- Caj bateri sekurang – kurangnya 8 jam. Mengecaj bateri buat seketika juga boleh melemahkan bateri anda.
- Caj bateri dari bekalan kuasa yang kuat. Gunakan bekalan kuasa dinding atau Powerbank yang berkualti untuk mengecaj bateri. Mengecaj bateri dari laptop yang sedang dijalankan dengan bateri atau dari soket pemanas rokok kereta anda tidak memberikan kesan caj yang sempurna.
2- Malapkan Cahaya Skrin Telefon
Cahaya skrin sedikit sebanyak menggunakan sebahagian besar bateri telefon pintar anda. Oleh itu, jika berada di kawasan yang kelam seperti di dalam rumah mahupun dalam keadaan yang gelap, sila malapkan cahaya telefon agar ia bisa menjimatkan bateri.
Skrin yang terlalu terang sememangnya menggunakan banyak kuasa bateri. Setiapa kali anda mengaktifkan skrin, anda menggunakan bateri . Tetapkan setting kepada Auto-Brightness bagi membolehkan telefon pintar menyesuaikan kecerahan ke tahap optimumnya untuk membaca sambil memelihara hayat bateri.
3- Matikan GPS Jika Tidak Digunakan
GPS atau Global Positioning System yang digunakan pada telefon pintar anda sebagai penentu arah seperti WAZE mahupun Google Maps sebenarnya memerlukan bateri yang banyak. Jika tidak digunakan, matikan sahaja servis GPS tersebut. Begitu juga dengan carian lokasi (location).
Apabila dibiarkan berjalan di latar belakang, beberapa aplikasi ini mungkin terus menghantar dan menerima isyarat. Ia memerlukan banyak bateri untuk terus melakukannya, walaupun anda tidak menyedarinya. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa aplikasi tertentu ditutup apabila anda tidak memerlukannya.
4- Tutup Vibration
Ramai yang gemar menetapkan notifikasi telefon mereka kepada getaran kerana takut-takut jika berada dalam mod senyap, panggilan serta mesej penting tidak diketahui.
Namun, tahukah anda bahawa getaran (vibration) memerlukan lebih banyak bateri? Jadi jika anda terlalu risau untuk meletakkan telefon dalam mod senyap, biarkan sahaja ia berbunyi tapi dalam keadaan yang perlahan jika mahu jimat bateri.
Ini adalah salah satu teknik paling berkesan untuk buat bateri telefon tahan lama.
5- Gunakan Mode Penerbangan Jika Tiada line
Sebagai contoh, jika anda berada di kawasan yang terpencil sehingga telefon tidak mendapat liputan atau dalam erti kata lainnya ‘tiada line’, sila tetapkan mod penerbangan pada telefon pintar milik anda. (Klik pada butang yang mempunyai simbol kapal terbang pada bahagian bar menu). Ini akan menjimatkan bateri dengan sangat berkesan.
6- Laraskan Screen Timeout
Membiarkan Skrin anda melaya lebih panjang akan mUntuk melaraskan setting Timeout, pergi ke Settings > Display> Timeout. Tetapkan setting Timeout tidak melebih 2 minit bagi penjimatan kuasa bateri yang baik. Lebih tinggi nilai Timeout ini, lebih cepat kuasa bateri dihabiskan.
7- Kekalkan Suhu Sejuk
Sesetengah dari anda mungkin perasan bateri habis dengan lebih cepat apabila telefon pintar panas. Jangan tinggalkan telefon pintar anda di bawah sinar matahari atau di mana-mana tempat yang panas.
Bateri akan berfungsi secara optimum dalam persekitaran yang lebih sejuk. Cuba elakkan senario di mana telefon anda terdedah kepada haba yang tidak perlu dan berlebihan.
Pertanyaan Mengenai Smartphone Boleh Hubungi Kami.
HUBUNGI KAMI SEKARANG DITALIAN :- 018-3807780 (Whatsapp/call/Sms)
ATAU BOLEH TERUS DATANG KE KEDAI KAMI DI :-
G-6-GB , Jalan Prima Saujana 2/D,
Taman Prima Saujana Seksyen 2,
43000 Kajang, Selangor.
Taman Prima Saujana Seksyen 2,
43000 Kajang, Selangor.
No comments:
Post a Comment